Monday, August 30, 2010

Ramadhan 2010 - merenung diri... dgn maher zain ;-)

Ramadhan kali ini memberikan aku ketenangan.. walaupun hati masih gusar, tetapi ketenangan itu cukup untuk aku menutup sementara kegusaran tersebut.. agar aku dapat berfikir dengan lebih rasional...

tiba2 rasa macam serius pulak ayat2 aku.. mungkin terbawa2 dari previous entry.. hehe.. :D

tapi betul, memang itu yang aku rasakan.. selama ini terasa macam nak give up.. rasa macam nak putus harap..

selalu sangat aku rasa macam sayu sedih merintih mengenang nasib diri yang tidak dirasakan bertuah.. lantas membuat aku rendah diri.. terasa useless.. selalu sangat jealous dengan nasib orang lain..

tapi bila aku baca blog orang lain (walaupun orang tu aku tak pernah kenal di luar dunia virtual), aku tahu that i'm not alone.. ada lagi orang yang senasib dengan aku.. dan ada juga yang lagi teruk..

ya sebetulnya banyak nasib aku yang baik.. cuma aku asyik merenung kepada bala yang menimpa membuatkan aku lupa untuk bersyukur atas apa yang aku kecapi kini.. asyik merenung kaca yang jauh hingga disangkakan intan, sedangkan intan yang digenggam tak pernah diendah..

lumrah manusia.. ya aku juga insan yang punya banyak kekurangan dan kelemahan..

makin hampir dengan Syawal membuatkan aku takut.. takut2 ketenangan ini juga tamat dengan berakhirnya Ramadhan tahun ini.. hmmm...

mari pujuk hati dengan lagu ini.. ^____^




~insyaAllah i'll find my way...

selamat hari merdeka malaysia!

sudah 53 tahun malaysia merdeka.. kita telah kecapi banyak kemajuan, terlalu banyak perubahan.. tetapi sayang, di sepanjang perjalanan itu, kita terlupa untuk mengekalkan apa yang patut dikekalkan.. kita membiarkan nilai jati diri hanyut demi mencapai objektif perancangan..

tahukah korang berapa ramai rakyat malaysia (aku tak mahu fokus kepada satu kaum sahaja sebab semua pun terlibat sebenarnya) yang sekarang ini sedang bersuka ria mengira countdown di kelab2 malam? berapa ramai yang sekarang ini sedang berdua2an di tempat yang tersembunyi untuk melampias nafsu masing2? tahukah korang berapa ramai rakyat malaysia yang kini tidak beragama dan semuanya hidup berlandaskan nafsu dan akal (ya, akal yang mereka sangkakan genius tetapi sebenarnya kosong) semata2?

kita mungkin merdeka dari penjajah.. tetapi kita tidak pernah merdeka dari nafsu dan kejahilan sendiri..

inikah merdeka yang kita banggakan? *shrugged*

Sunday, August 22, 2010

Ramadhan 2010 - all alone T_____T

arini sangat tak best sebab berbuka sorang2 kat rumah.. uurrgghhh.. memang bosan..

dah la masak cucur bawang tak sedap.. sangat hampehh.. nasib baik sos dia sedap so boleh telan gak la.. yang lain2 just re-heat je.. kalau ada orang lain semangat gak nak masak kan.. hmmm...

ada kerja yang perlu disiapkan untuk meeting concall esok tapi satu pun tak buat.. bila puasa otak pun refuse untuk bekerja.. tambah2 puasa kat rumah time cuti.. badan je yang bertenaga nak bergerak tapi otak langsung malas! huh...

sure esok kelam kabut.. mati laa...... T_______T


*****


kadang2 something unexpected really happened in our lives.. as for me, it happened in this holy month.. something i never expected.. and it puzzles me until right now.. i'm dying to know the truth.. the reason behind what had happened and what is happening.. but i guess i better just wait.. hehh...

semoga Allah berikan aku petunjuk.. semoga Allah bukakan pintu hatinya..

ameen.

teater cuci the musical

date: 31st july '10 (if i'm not mistaken.. bahahha!!)
venue: istana budaya


owari!! for late publishing this entry.. huhu.. sudah basi i know i know.. but if you've watched it i'm prettry sure you still remember the story, the feelings, the laughter and the happiness surrounded you.. sangat best!!!

now i'm sharing with you the videos i had taken tapi quality video sangat tak best sebab record guna hp je.. anyway, enjoy watching! ^______^







Wednesday, August 18, 2010

Ramadhan 2010 - I dedicate this for you mak... with love

Ramadhan tahun ni aku berazam nak berbuka puasa di rumah hari2.. cuba balik awal no matter what it takes.. alhamdulillah so far i made it..

kenapa nak berbuka kat rumah? mulanya atas rasa kesian kat mak aku.. tak ada siapa yang nak tolong dia kat rumah memasak.. adik aku busy kerja, balik lambat.. adik lelaki aku, well....kalau dah nama lelaki apa sangat la yang dia boleh tolong kat dapur tu kan.. adik bongsu aku pulak tak ada kat rumah, praktikal di hospital serdang so sekarang menyewa sementara kat sana..

tapi dari rasa kesian tu la terbit rasa lain.. rasa sayu tengok mak happy sangat ada anak dia tolong dia.. ada anak dia berbuka sama2 (walaupun tak lengkap).. and she is really looking forward to the day when we all can gather together break fasting at home.. yup, my mom is like that.. dia suka anak2 dia semua depan mata.. nasib baik 4 orang je anaknya.. buatnya 14?? hahahha..

baru aku faham.. kenapa dari dulu mak selalu bising suruh balik rumah makan sama2.. jangan asyik makan kat luar.. selain nak suruh aku berjimat, dia lebih kepada nak makan sama2 dengan anak2nya..

maafkan Ada mak.. Ada tak pernah nak cuba faham mak selama ni.. i was blinded with my own stubbornness.. i took for granted what i have in hand and kept busying to fulfill my wants.. i have forgotten you, even though you are just actually in front of me all this while..

i'm sorry mak.. and i love you always...

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan 2010 - We meet again

yeahh setahun telah berlalu dan kita bertemu kembali wahai Ramadhan!

time flies so fast.. and many things had happened yet not quite much i have achieved.. perlu berusaha lagi.. yeahh chaiyookk!!! p(^o^)q

masih banyak perkara yang perlu diperbetulkan supaya aku terus berada di landasan yang lurus dan betul.. hati masih bergelumang resah.. jiwa masih belum tenteram.. akal dan perasaan masih terus berperang..

semoga Ramadhan ini doaku akan dimakbulkan.. doa untuk berasa tenang semula.. doa untuk kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan.. doa untuk rezeki tidak diputuskan malah melimpah ruah.. doa untuk ilmu yang bertambah.. doa untuk bakat yang diasah tajam digilap bersinar..

doakan aku..

ameenn...


~selamat berpuasa semua! ^________^

Sunday, August 8, 2010

manage your money wisely!

hey hey hey.. i just found this out! okay i know too late for me but perhaps still not for you!

CIMB guides you how to manage your money wisely.. it is just a suggestion.. the decision is still in your hands ;P

go here.