Sunday, September 25, 2011

my love for you

i think my boyfren's popularity has overshadowed mine.. eh, popular ke aku??? hakhakhak... :-P

ramai yang cakap boyfren aku sangat familiar dan selalu nampak kat federal highway.. walaupun dia dah tua dan agak membuatkan aku sakit kepala bila dia buat hal, tapi aku tetap sayangkan dia.. ramai yang tanya tak mau cari boyfren baru ke? truely saying, ada hasrat dan cita2 ke arah tu, tapi bukan sekarang.. ada banyak lagi perkara lain yang lebih penting untuk aku concentrate on.. buat masa sekarang, aku cukup bersyukur dan rasa bertuah dengan apa yang ada..

rasa2nya kalau dah ada boyfren baru pun aku tetap nak dia ada dengan aku.. poligami gitteww.. hikhik..

boyfren, my love for you is eternity...


~boyfren and i in JB~


~boyfren and i in alor setar~


~boyfren and i in penang~


~boyfren and i in kuantan~


~boyfren and i in putrajaya~

Tuesday, September 20, 2011

tinggal aku dengan cengkerik

tiba2 aku sedih bila baca ini.

tak puas lagi ber"huha-huha" dengan dia sejak dia balik dari jepun, there she goes again~~

takpela.. pemergiannya untuk perkara yang baik.. jadinya harap dapatlah semua yang akan terjadi pada dia pun yang baik2 jua...

mungkin rasa syahdu ni ditambah dengan 24-hour resignation by seorang kakak ofis tadi.. takde la rapat pun dengan dia.. cuma berita tu terlalu mengejutkan.. hairan macam mana keputusan itu boleh dibuat senekad itu.. dan dia mampu buat..

tambah pulak lagi salah seorang teammate aku akan MC selama 6 minggu.. meninggalkan separuh beban kerjanya pada aku..

dan my parents and my younger brother and sister will be leaving for Kuching this morning.. i will be home alone until this sunday...

it's like; WHY EVERYBODY IS LEAVINNNNNGGGGGGG???


*bunyi cengkerik*


T______T

Sunday, September 18, 2011

impian itu

dah tau nak tengok bola, sibuk jugak nak pakai masker kaan.. sudahnya sendiri rasa sakit masa jerit gol.. cess...

anyway, tadi lepas hantar alang kat airport, terasa macam terpukul.. dua kali dah hantar dia, aku masih di sini.. masih berusaha nak cari jalan macam mana nak capai impian aku nan satu tu.. betapa mudahnya Allah bukakan jalan untuk dia merasa apa yang aku selalu inginkan.. tapi jalanku masih samar..

aku pernah mengalah.. fikir mungkin bukan rezeki aku di situ.. tapi tolak ke tepi impian bukan satu tindakan yang betul.. Allah takkan mengubah nasib seseorang kalau dia sendiri tak cuba berusaha mengubahnya.. atas alasan tu la aku hidupkan balik impian tu..

aku boleh buat.. walaupun kekangannya besar.. walaupun orang sekeliling tak faham.. aku tetap akan teruskan.. niat aku bukannya pada perkara yang tak elok.. jadi mungkin Allah akan izinkan, dan beri aku peluang..

mungkin Allah nak tengok sejauh mana kesungguhan aku untuk mencapai impian tu.. aku kena buktikan my determination.. perhaps then, He will show me the way...

kepada alang.. sorry i didn't have much to say to you.. my emotion state was a bit weird today.. most of the time i was lost in space.. i just hope you will always be fine and everything goes well for you.. semoga Allah permudahkan segala urusan ko kat sana, dan sentiasa hidup di dalam keberkatan rahmatNya..

amin.

Friday, September 16, 2011

the girls of my favourite

that night..

will always be remembered..

as one of the happiest night in my life..

surrounded by the girls..

jokes, stories, gossips, news; were shared..

laughters, smiles, frowned heads, the "demo", the oohs and aahhs..

and also the food.. yeah, good food brings great smiles ^____^



~homemade; spaghetti carbonara with meatball and pizza.. thanks alang! yummyyy~




no matter how far you are, you are always near to my heart..

my favourite people.



~more pictures here.

Wednesday, September 14, 2011

konsert yuna di dewan filharmonik petronas

date: 13/9/11
venue: dewan filharmonik petronas


that morning, i was late to the office because i took a longer time than i thought just to decide what to wear! hahaha.. poyo gila.. excited sangat kot.. i was undecided between nak bawak baju lain then change at the office before off to the concert, or pakai je terus baju tu the whole day..

i picked the second plan.. senang, tak payah bawak banyak2 barang..

but as the result, semua orang dok tegur aku pakai frilly skirt.. like, so not me! demmit.

anyway, yuna was AWESOME!!! dengar dia nyanyi 2 jam live memang tak cukup.. rasa macam nak bawak dia balik rumah dan suruh dia nyanyi live sepanjang masa.. hikhikhik..

for me, she is a very talented musician.. she not just knows to compose songs but also how to sing.. listening to her singing last night, i realised how she has improved in controlling her voice compared to two years ago.. yeah, i did watch her singing live once when she was invited to perform in mocca's show in shah alam.. masa tu dengar dia nyanyi pun dah rasa awesome gila.. semalam pulak dengar dia nyanyi with improved singing technique, so bayangkan la the awesomeness tu macam mana.. tak terkata beb!


~this was yuna back then, 2 years ago.. she was just finishing her final semester~


~this is yuna now.. from small shows to as gempak as a concert in dewan filharmonik petronas.. a huge difference in just 2 years time! ~


~her bandmates.. yang aku ingat paling kiri; pa'an the guitarist & paling kanan; adil the drummer.. while introducing her bandmates, yuna told us pa'an is actually the third fan she added in her myspace.. kewl~


~of course la bf dia datang sekali kaann.. hikhik.. the handsome kewl qi~



~got her autograph on the lyrics booklet and the ticket! *lovelovelove*~


a legend in the making.. the beauty of a gem is meant to be shared.. thus, i hope the world will listen to her music and appreciate her talent..

dear yuna, good luck! b(^___^)d

Sunday, September 11, 2011

raya di ofis

as promised, i show you the reason why i went home late and slept only 2 hours the day before ISO audit..

taraaaa!!!!



~rumah kampung kami~


 ~mei mei~


 ~rajoo~


 ~upin & ipin~


~dekorasi di koridor, depan lif~


~kat empat2 lif, kitorang pasang langsir (this picture was taken during rumah dan geng upin ipin masih lagi under construction.. kami siapkan langsir je dulu)~


 ~dekorasi dalam ofis~


maunya tak gila aku kerja sepanjang minggu ni.. ISO audit dan dateline untuk pertandingan dekorasi ofis adalah pada hari yang sama.. pengsan!

tapi bila tengok hasilnya, rasa sangat puas hati! walaupun masing2 sibuk dengan kerja tapi masih tetap memberi sumbangan untuk menghasilkan dekorasi yang cantik ni.. rasa macam kat nurseri pun ada.. ekekeke..

rasanya, yang membuatkan semua orang tetap memberi kerjasama tahap maksima walaupun kerja dan persediaan ISO audit memerlukan perhatian lebih, adalah semangat berpasukan.. masing2 aware dengan objektif projek dan faham tugasan masing2.. jadi semua pun rela hati bagi idea dan tenaga, tak kisah la secara langsung ataupun tak..

i am glad to have the opportunity to work with this team.. ^_____^


~bergambar dengan aditor SIRIM selepas closing meeting.. alhamdulillah, selesai dengan jayanya.. tinggal certification part je~

hello world!

waahhh kesiannya blog dah bersawang habuk seinci.. ekekekeke..

padah cuti panjang.. masuk kerja terus hadap kerja sampai berkejar sana sini.. nak spend time with friends and family lagi.. seminggu yang sangat busy sampai balik rumah awal pagi, tidur 2 jam je.. kenapa tidur 2 jam je? nanti aku update next post k..

so far raya tahun ni tak terasa kemeriahannya.. maybe sebab ramadhan tahun ni berselang dengan kerja.. jadinya ketenangan ramadhan tu aku tak rasa sangat.. sedih ok.. hukhuk..

cuma yang istimewanya adalah aku dapat merasa berpuasa jauh di tempat orang.. rasa macam perantau.. masa balik lagi la terasa.. dengan barang banyak gila angkut dalam tren balik ipoh.. orang ramai tunggu tren delay sejam.. nasib baik aku buat hati keras decide last minit tak payah beli ikan terubuk.. kalau tak lagi banyak barang aku kena bawak.. dengan baunya lagi.. uurrrgghh..

ok next time travel bawak je terus beg besar.. jangan hesitate dah! -_-"

serba sedikit gambar kenangan sepanjang tempoh merantau.. ceeehhh nak jugak kan guna ayat merantau tuh.. ekekeke :-P


  • gambar dalam "belon"


~ini gambar sayap kapal terbang.. perasan tak ada line putih tu? that is how it looks like when the wing cut through the air.. magnificent view isn't it? ~


  • makan seafood di Topspot.. heaven!!



~oyster goreng tepung.. err this is my first time makan ni.. the tepung is sedap but a bit oily.. rasa macam lebih sesuai makan sebagai snack daripada buat lauk~


~midin.. sayur paku-pakis ni memang my favourite! ~


~sup gamat.. i like it.. maybe because dia banyak letak telur kot~


~sotong goreng tepung dengan butter.. encik tukang masak sangat murah hati dengan butter sampai rasa macam makan kuih raya tepung tu.. sangat berlemak! dan sotongnya sangat fresh! ~


~siakap black pepper.. ikan yang sangat fresh! ~


~udang masak sweet sour.. besar gila kot udang dia.. aku paling suka makan part kepala dan telur dia.. puas hati sebab udangnya besar! nyumnyum~


  • shopping kek lapis sarawak





~shopping kek untuk raya.. hehe~



~sekarang dah ada food court.. dulu aku pergi (tahun 2009) takde lagi~


~sotong tumbuk.. hasil belian kat food court tadi.. nyumnyum~


~nak balik dah.. bot pun dah sampai~


  • last day + birthday celebration






gambar lawatan sambil belajar aku upload kemudian k.. nak edit gambar lain pulak.. hehe